Friday, September 2, 2016

BUTTERMILK CHICKEN TRAVELICIOUS

BUTTERMILK CHICKEN TRAVELICIOUS


Homemade Buttermilk

1 Cup Fresh Milk
1 Cup Bottle Vinegar

Preparation :
  • Put 1 Cup fresh milk into mixing bowl, then put 1 cup of bottle vinegar. Mix them together. Let them cool in refrigerator for 1 or 2 hours before use.


* Jika kuantiti ayam banyak, anda boleh gandakan bilangan cup susu segar dengan cuka.


Mixed Flour

2 Cup Flour
1 Tbsp Garlic Powder
1 Tbsp Sarawak White Pepper
1 Tbsp Oregano
1 Tbsp Salt

Persediaan:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan yang disediakan di dalam bekas dan gaulkan bersama. Gunakan mengikut kuantiti yang diperlukan, baki selebihnya anda boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk menggoreng udang, sotong, ayam, dan juga cendawan. Jika anda sukakan pedas, tambahkan 1 Tbsp Serbuk Paprika, 1 Tbsp Serbuk Cili.



Persediaan Buttermilk Chicken:
  • Gaulkan ketulan ayam bersama buttermilk yang telah siap (larutan susu akan menjadi ketulan seperti susu basi)
  • Simpan ayam yang telah diperap bersama buttermilk didalam bekas di dalam peti sejuk untuk jangka masa 1-6 jam. (overnight is the best)
  • Keluarkan ayam yang telah diperap
  • Gaul ayam bersama tepung yang telah disediakan
  • Panaskan minyak dan mulakan journey menggoreng 
  • Goreng sehingga ayam timbul (floating) dan warna keemasan





resepi ubahsuai dari @traveliciousfoodtruck kitchen

Thursday, August 25, 2016

Pengalaman Pertama: Bermula dengan Ugly Foodtruck

Urban Caravan 2015

Teringat pertama kali melangkah masuk event Urban Caravan 2015 di Parkir Stadium Merdeka. Lori jenis 'bonded' di adaptasi menjadi ala ala foodtruck. Memandangkan kos ubahsuai menelan belanja hampir 30-40K ringgit malaysia dan duit dalam poket hanya ada 3-4k sahaja. Niat tetap kuat untuk mencuba dan rintangan cuba dilalui.


Menu cubaan pertama

Buttermilk Chicken Chop, menu yang mendapat idea dari Food Network. Kebanyakkan fast food di luar negara mereka menjual ayam goreng yang diperap bersama susu masam (buttermilk). Hasilnya akan menjadikan ayam lebih lembut (moist) dan tidak terlalu kering. Dihidangkan bersama coleslaw dan kentang goreng (bramborak) resepi lokal dari Chile. Resepi ini diperolehi sewaktu kawan Couch Surfing dari Chilean tinggal di rumah.



Buttermilk Chicken Chop with White Gravy


Menu jualan permulaan kewujudan travelicious foodtruck


Luaran konsep foodtruck yang sangat serba kekurangan.