Thursday, August 25, 2016

Pengalaman Pertama: Bermula dengan Ugly Foodtruck

Urban Caravan 2015

Teringat pertama kali melangkah masuk event Urban Caravan 2015 di Parkir Stadium Merdeka. Lori jenis 'bonded' di adaptasi menjadi ala ala foodtruck. Memandangkan kos ubahsuai menelan belanja hampir 30-40K ringgit malaysia dan duit dalam poket hanya ada 3-4k sahaja. Niat tetap kuat untuk mencuba dan rintangan cuba dilalui.


Menu cubaan pertama

Buttermilk Chicken Chop, menu yang mendapat idea dari Food Network. Kebanyakkan fast food di luar negara mereka menjual ayam goreng yang diperap bersama susu masam (buttermilk). Hasilnya akan menjadikan ayam lebih lembut (moist) dan tidak terlalu kering. Dihidangkan bersama coleslaw dan kentang goreng (bramborak) resepi lokal dari Chile. Resepi ini diperolehi sewaktu kawan Couch Surfing dari Chilean tinggal di rumah.



Buttermilk Chicken Chop with White Gravy


Menu jualan permulaan kewujudan travelicious foodtruck


Luaran konsep foodtruck yang sangat serba kekurangan.