Bila lihat kawan-kawan foodtruck semuanya serba kemas dan cantik. Kos ubahsuai kebanyakkan menelan belanja tinggi. Tapi berbaloi la dengan hasil yang terjadi kerana Foodtruck jadi superb dan hebat. Tapi mungkin satu hari nanti pasti tabung simpanan ku cukup juga untuk 'pimp my foodtruck'.
Antara menu yang pernah dihasilkan dari dapur serba kekurangan ni, Nasi Goreng Padang. Ilham diperolehi sewaktu membuat jelajah Sumatera Barat. Nasi goreng yang amat popular disana ialah nasi goreng padang. Nasi goreng amat mudah dan ringkas menggunakan cili merah, bawang merah, bawang putih, tomato dan sedikit belacan.

No comments:
Post a Comment