Bermula tahun 2016 tvlft telah bermula membuat eksperimen berani mati cuba menaikan suasana tempat letak kereta di Tasik Permaisuri Cheras, berhadapan Sekolah Menengah Sains Selangor. Pelbagai usaha dicuba dan idea sentiasa berkembang.
Walaupun pelbagai pendapat negatif yang diterima daripada orang lain mengatakan lokasi tersebut suram, tidak bagus, port orang gay, tempat maknyah berkumpul. Namun pada saya as long mereka bukan dalam kategori perompak. hehehe
(Permulaan cubaan di port)
Jadi pelbagai persiapan keselamatan dibuat, risau juga kan.Tapi apabila telah memulakan perniagaan disana, bersyukur kerana polis peronda motorsikal sering membuat rondaan. Kadang-kadang sekerap 3 kali semalam. Semangat semakin menjadi-jadi untuk terus memeriahkan port ini.
Wujud pelbagai nama di port antaranya Cheras Foodtruck, Tasik Permaisuri Foodtruck Alley, dan kini kekal sebagai ' Tasik Permaisuri Foodtruck Valley '. Pelbagai rintangan dilalui, selama 2 bulan beraksi solo ada kalanya sales RM ZERO Ringgit, RM Sepuluh Ringgit sehingga berjaya membuat sales dua hingga tiga ratus hanya beroperasi 4 jam sahaja.
(Foodzy Cafe Foodtruck)
Namun Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara, jadi tvlft diuji dengan angan-angan membuka kafe yang hanya bertahan 10 hari aje..!! Hahahaha..
Kerosakan lori dengan pusingan modal zero, kena pinjam duit untuk terus menguatkan hasrat mengkayakan port ini. Antara yang awal setia menemani tvlft 'Foodzy Cafe Foodtruck' yang baru juga dalam bidang foodtruck. Owner memang zero tentang makanan kerana hebat di pelantar minyak.. Hahaha.. 'Petrol Foodtruck' penjual pasta yang sedap, namun owner sering sibuk di masjid negara kerana petugas di masjid. Selain itu, Syah Flavor, Receipezeeko Foodtruck dan Annaj Melawati Kebab juga pernah turut membantu.







No comments:
Post a Comment